صرف/SARAF/SORF:WAZAN Feel Thulathi Mazid Biharfin.

Pada keluaran kali ini kita akan mempelajari tentang feel thulathi mazid, iaitu feel yang perkataan induknya terdiri daripada tiga huruf tetapi telah ditambah dengan samada satu, dua atau tiga huruf tambahan. Sila perhati gambarajah di bawah iaitu pada kotak berwarna biru. Kotak yang berwarna kuning ialah pelajaran lalu, manakala merah pula belum kita pelajari lagi.


Kita telah mengetahui bahawa wazan thulathi mujarrad ada enam wazan dan ruba’i mujarrad pula paling mudah diingati kerana hanya mempunyai satu wazan sahaja seperti gambarajah di bawah:

Persoalannya, mengapa perlu wazan-wazan mujarrad ini menjadi mazid pula? (Mujarrad = tiada huruf tambahan, mazid = ada huruf tambahan).

Jawapannya, untuk mudah kita memahaminya ialah sebagaimana perkataan-perkataan Bahasa Melayu mempunyai imbuhan seperti; ___________an, pe_______________an, di____________, be___________________, di___________kan dan lain-lain, begitulah juga Bahasa Arab (malah fungsinya lebih daripada itu).

Seperti juga dalam Bahasa Melayu, kita sepatutnya mengenal pasti yang mana satukah perkataan akar atau asal dan yang manakah imbuhan.

Dalam Bahasa Arab huruf-huruf yang menjadi tambahan telah dicantumkan menjadiسـَــأ َلـْــتـُــمـُــونـِــيــهـَــا ‘.

Sila perhati rajah di bawah, huruf yang berwarna merah adalah huruf tambahan.

Perkataan-perkataan Bahasa Arab terbahagi kepada tiga seperti di bawah ini,

dan feel adalah merupakan ‘ibu’ kepada perkataan-perkataan lain.
Contoh: مـَــسـْــجـِــدٌ (isim makan / tempat = tempat sujud) adalah berasal daripada perkataan سـَــجـَــدَ (sujud).

Pada keluaran kali ini, kita akan pelajari salah satu daripada wazan-wazan di bawah, iaitu wazan feel thulathi mazid biharf (Feel thulathi yang ditambah satu huruf);

فـَــعـَّــلَ يـُــفـَــعـِّــلُ إ ِفـْــعَـالاً

Fungsi wazan ini ialah;

(1) لـِــلـْــمـُــتـَــعـَــدِّى

Contoh: فـَــرَّحَ ز َيـْــدٌ الأوْلادَ

Zaid menggembirakan anak-anak itu.

عـَــلـَّــمَ = memberitahu

(2) Pengulangan

Contoh: قـَــطـَّعَ

قـَــطـَــعـْــت ُ اللـَّــحـْــمَ – Saya menghiris / memotong daging.

قـَــطـَّــعـْــت ُ اللـَّــحـْــمَ – Saya mencincang daging. (potong laju-laju, cepat-cepat –> pengulangan)

(3) تـَــوَجـّـُــه – Menghadap ke arah (makna asal).

Contoh: شـَــرَّقَ – Menuju ke arah Timur.

(4) Menunjukkan Fa’il (orang yang membuat)seump
ama asal feel tersebut.

Contoh: حـَــجـَــرَ – batu

حـَــجـَّــرَ الطـِّــيــنَ – Tanah itu telah mengeras, tanah itu seumpama batu kerasnya.

لـَــقـَــدْ حـَــجـَّــرْت َ وَاسـِــعـًــا – Kamu telah menyempitkan benda yang luas (Kamu -seolah-olah- ‘keras macam batu’!)

(5) اِحـْــتـِــصـَــار – Ringkasan kepada zikir yang panjang.

Contoh: هـَــلـَّــلَ، سـَــبـَّــحَ ، حـَــمـَّــدَ، كـَــبـَّــرَ

Sebelum berakhir, saya tinggalkan anda dengan perkataan-perkataan ini, cuba analisa yang manakah huruf asal dan yang mana pula huruf tambahan?

أَذ ْهـَــبَ، أ َقـْــرَأ َ، أ َجـْــلـَــسَ، ذ َهـَّــبَ، قـَــرَّأ َ، جـَــلـَّــسَ، قـَــعـَّــدَ، نـَــظـَّـرَ، ذ َاهـَــبَ، قـَــارَأ َ، نـَــاظـَــرَ، جـَــالـَــسَ،قـَــعـَــدَ، كـَــاتـَــبَ، فـَــاهـَــمَ

Tajuk berkaitan:

1. Contoh-contoh feel thulathi mujarrad.
2. Wazan feel thulathi mujarrad (mengikut yang terbanyak digunakan).
3. Wazan feel thulathi mujarrad.
4. Pendahuluan Ilmu Sorf.
5. Wazan feel ruba’i mujarrad.
6. Contoh soalan latihan wazan feel-feel mujarrad.

Rujukan:
1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٧-٨
2. Rancangan ‘Durus Arabiah’ Radio Ikim.fm

Advertisements

صرف/SARAF/SORF: Tamrin / Latihan Pelajaran 1 & 2

١- بـَيـِّــن ْ بـَــاب كل فعل من افعال الآتية


Tentukan (tulis) ‘bab’ feel-feel di bawah ini:


٢- (ا) هات الماضى لكل مضارع مما يأتى واذكر بابه، وضع أربعة أفعال فى جملة مفيدة

Datangkan (berikan) feel madhi bagi feel mudhari’ berikut beserta ‘bab’nya. Bina empat ayat dengan menggunakan mana-mana empat feel daripada perkataan-perkataan berikut:

يـَــرْسـُــم . يـَــكـْـسـِــرُ . يـَــسـْــأل . يـَـمـْــشــِـى

يَـشـْــكر . يـَــغــفــر يـَــعـْــظـُــم . يـَــنـْـز ِل


٢- (ب) اذكر مضارع كل فعل مما يأتى، ثم ضعه فى جملة مفيدة

Sebutkan mudhari’ bagi feel-feel di bawah, kemudian bina ayat dengan menggunakan perkataan-perkataan di bawah ini:

تـَــرْجـَــمَ . خـَــرَجَ . شر ِب . فصـُــح . دحـْــرَج


٣- كم صورةً للمضارع إذا كان الماضى مضموم الثانى، وكم صورةً له إذا كان الماضى مفتوح الثانى أو مكسوره مثل لجميع ذلك فى جملة تامة

Berapakah bentuk feel mudhari’ jika ain feel madhinya berbaris hadapan?
Berapa pula bentuk feel mudhari’ sekiranya ain feel madhinya berbaris atas atau bawah?
Berikan contoh bagi setiap jawapan di dalam ayat yang lengkap.


٤- كـَــو ِّن ْ خمس جمل تشتمل كلّ ٌ منها على مضارع من باب نصر وضرب وفتح وفرح وكرم على الترتيب

Binakan lima ayat yang mengandungi feel mudhari’ daripada bab نصر وضرب وفتح وفرح وكرم (nasoro, dhoroba, fataha, fariha dan karuma) mengikut turutan:


٥- اشرح البيتين الآتين وبـَيــِّــن باب كل فعل بهما

Syarahkan dua bait syair berikut dan nyatakan ‘bab’ setiap feel di dalam bait ini.


لو عـَــرَفَ الإنسان ُ مـِــقـْــدارَهُ **** لـَــمْ يـَــفـْــخـَــر ِ الموْلى عـَــلـَــى عـَــبـْــدِهِ

أ َمـْــس الذى مـَــرََّ على قـُــرْبـِــهِ **** يـَــعـْــجـِــز ُ أ َهـْــلَ االأرض ِ عن رَدِّه

*** Anda digalakkan untuk merujuk kepada ustaz-ustaz yang mahir berbahasa Arab yang berdekatan dengan anda.
*** Sila manfaatkan kamus di laman ini sekiranya anda belum mempunyai kamus lagi.
*** Saya minta maaf, kerana perkataan-perkataan dalam B.Arab kali ini kurang dibariskan (ianya sebagaimana yang terdapat di dalam kitab rujukan saya). Namun saya percaya bahawa anda mampu membacanya bukan?Funny, Good, Happy, Emotion, Excited, Excite, Silly, Excitement, Hurray, Encouragement, Applause, Groovy, Fun, Great, Awesome, Teriffic, Good Job, Nice Job, Well Done, Best, Encouragement, Fan, Cheering, Success, Fantastic, Cheer Kalau belum kesemuanya, serba sedikit pasti boleh!
*** Pemilik blog ini bukanlah ‘pakar’ dalam Bahasa Arab…. he he…. sekadar mahu berkongsi…. soalan-soalan di atas pun….. agaknya ‘pecah kepala’
Student Head Explodessaya hendak menjawabnya…… 


KANDUNGAN PELAJARAN SORF / SARAF / صرف

Rujukan:
1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٦-٧

صرف/SARAF/SORF: Pelajaran 2 : الفعل الرباعى المجرد

Hari ini kita akan mempelajari tentang feel ruba’i mmujarrad (tulisan berwarna biru) iaitu feel yang mempunyai empat huruf asal (tiada penambahan huruf di dalam wazan)

Untuk mengingati pelajaran kali amat mudah kerana wazan feel ruba’i mujarrad hanya mempunyai satu wazan sahaja. Iaitu:

فَـعـْــلـَـلَ (feel madhi – telah berlaku / past tense)

يـُــفـَــعـْـلـِـلُ ( feel mudhari’ – sedang berlaku @ akan berlaku / present tense)

Di dalam kitab ianya tertulis begini:

أ َمـَّــا الـر ُّبـَــاعـِــى الـْــمـُــجـَـرَّدُ فـَــلـَــهُ وَز َنٌ وَاحـِــدٌ، وَهـُــوَ أ َن ْ تـَــكـُـون َ مـُــضـَــار ِعـُــهُ مَـضـْـمـُــومَ حـَــرْفِ الـْــمـُــضـَارَعـَـةِ مـَــكْـسـُـورَ مـَــا قـَـبـْــلَ الآخــِــر

Maksudnya : Adapun Ruba’i Mujarrad maka baginya satu wazan. Iaiitu hendaklah pada feel mudhari’nya – dibariskan hadapan huruf mudhari’nya (huruf yang pertama, samada: ي ، ت ، أ ، ن) dan bariskan bawah huruf sebelum akhir.

Contoh:


Untuk menjadikan sesuatu feel itu ‘akan berlaku’, kita hanya perlu menggunakan feel mengikut wazan feel mudhari’ dan tambahkan sahaja samada huruf sin berbaris atas (سَ) atau (سـَــوْفَ) pada awal perkataan tersebut.

Contoh:

يـَــنـْـصـُــرُ : dia sedang monolong

سـَــيـَــنـْــصـُـرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa terdekat)

سـَــوْ فَ يـَــنـْــصـُــرُ : dia akan menolong (untuk jangka masa lebih jauh atau lama)

KANDUNGAN PELAJARAN SARAF / SORF / صرف

Rujukan:
1. على الجارم ومصطفى أمين. ١٩٦٢. النحو الواضح فى قواعد اللغة العربية للمدارس الثانوية (الجزء الأول). مصر: دار المعارف. صفحة ٦
2.محمد إدريس عبد الرءوف المربوى . ربيع الثانى ١٣٥٤ هجره قاموس ادريس المربوى عربى – ملايو . بيروت : دار الفكر
3. http://www.e-alqamus.com.my/v4/utama.aspx
4. Joyce M.Hawkins. KAMUS DWIBAHASA OXFORD FAJAR. 2006. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.