Menepis Salah Faham Mengenai Purdah [Kajian Kitab di Pesantren]

sayangIslam.com

Alhamdulillah, saya menemui tulisan yang amat baik mengenai rasional berpurdah dari saudara seislam dari tanah seberang, Indonesia.   Walaupun Ummu Ashhama Zeedan menulis dalam suasana yang berlaku di Indonesia namun realitinya, cabaran yang sama dihadapi oleh para muslimah yang mencari sedikit bahagia dengan berpurdah di Malaysia.

Saya hanya sempat melihat rujukan asal  Tafsir Al-Tobari dan kitab Al-Umm seperti yang dikemukakan di dalam tulisannya di bawah ini.   Benarlah apa yang dicatatkannya.   Kitab-kitab lain yang disebutkan juga sebenarnya tidak asing di kalangan pelajar aliran ugama di Malaysia.

Saya merasa terpanggil lagi untuk memaparkan hujjah ulama mengenai hukum berpurdah setelah diasak  dengan pelbagai soalan dari para akhawat/muslimat sama ada  di dalam blog ini, melalui email dan juga mesej di Facebook.  Untuk lebih memahami pada permasalahan cabang hukum, maka perkara pokok haruslah dipelajari dan difahami terlebih dahulu.

Ada yang bertanya bolehkah pakai purdah on-off (apa yang dimaksudkan on-off itu sebenarnya ya…) …

View original post 3,700 more words

Advertisements
By mykrk Posted in Umum

Mengenal pasti antara mimpi palsu dan mimpi benar

Terdapat tujuh jenis mimpi palsu, iaitu:


1. Mimpi yang
mengelirukan, iaitu mimpi yang disebabkan oleh tekanan, harapan yang besar atau fikiran sendiri.
2. Mimpi
seksual yang mewajibkan seseorang mandi wajib (ghusul) jika berakhir dengan terkeluarnya air mani. Mimpi sebegini tidak mempunyai takwil atau ta ‘bir.
3. Mimpi yang berupa peringatan oleh syaitan atau mimpi yang 
menakutkan.
4. Mimpi yang didorong oleh
sihir jin, atau ilusi mereka sendiri. Mimpi sebegini adalah sia-sia.
5. Mimpi yang dipelihatkan oleh
syaitan, dan mimpi sebegini tidak dikira sebagai mimpi.
6. Mimpi akibat dorongan fikiran dan kehendak diri sendiri ketika dalam keadaan bingung atau menghadapi
tekanan jiwa.
7. Mimpi yang disebabkan oleh kesakitan atau penderitaan
penyakit fizikal.

Mimpi yang benar merupakan khabar gembira daripada Allah S.W.T. Dalam mimpi sebegini, seseorang melihat dirinya dalam keadaan aman dan tenteram, atau memakai pakaian yang indah atau memakan makanan yang baik serta membangkitkan selera.

Syeikh Abdul Ghani Nabulsi membahagikan mimpi yang benar kepada lima kategori, iaitu:


1.   Pandangan yang telus dan jemih oleh
seorang yang salih tentang sesuatu yang benar-benar terjadi sebagaimana yang dilihat dalam mimpi. Inilah mimpi yang dikenali sebagai salah satu daripada empat puluh enam sifat kenabian, termasuk mimpi Rasulullah s.a.w. memasuki Kota Makkah dan Nabi Ibrahim a.s. mengorbankan anaknya. Seorang pentakwil mimpi pernah berkata, “Beruntunglah orang yang melihat mimpi yang benar, kerana mimpi itu datang secara langsung daripada Allah S. W.T., tanpa perantara.”

2.   Mimpi yang berupa peringatan atau teguran secara langsung daripada Allah S.W.T. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, yang maksudnya: “Mimpi yang baik ialah mimpi yang mana engkau melihat Tuhanmu, atau nabimu, atau ibu bapamu yang muslim.” Seseorang bertanya,” Ya Rasulullah, dapatkah orang melihat Tuhan?” Baginda menjawab, “Raja melambangkan Tuhan, dan Tuhan ialah raja dalam mimpi seseorang.”

3.   Mimpi yang diperlihatkan kepada kita
oleh malaikat, iaitu Siddiqun. Malaikat yang diredhai ini mungkin datang dalam mimpi seseorang dan dengan izin Allah menyingkapkan sebahagian daripada apa yang diajarkan oleh Allah S.W.T. kepadanya daripada apa-apa yang tertulis di al-Lawh al-Mahfuz. Allah S.W.T. juga mengajarnya untuk memberikan perumpamaan dan cara penyampaian yang dapat difahami oleh manusia.

4.   Mimpi yang menampilkan kiasan, pewujudan atau simbol yang dapat difahami maksudnya. Mimpi sebegini datang daripada ruh yang baik atau jiwa yang diberkati, misalnya ketika malaikat datang
dan berkata, “Isterimu ingin meracunimu melalui tangan sahabatrnu, si polan.” Dalam kes ini, malaikat atau jiwa yang diberkati itu secara tidak langsung memberikan isyarat bahawa sahabatnya mempunyai hubungan sulit dengan isterinya, kerana penyelewengan memerlukan perancangan tersembunyi, dan racun membawa konotasi penyamaran.

5.   Mimpi yang melibatkan penyaksian. Misalnya, melihat diri sendiri memukul dram, atau memainkan alat muzik dalam masjid atau tempat ibadat. Dalam kes sebegini, mimpi tersebut boleh bermaksud meminta ampun atas dosa secara terbuka. Unsur penyaksian ini menampilkan perkara yang berlawanan dengan apa yang dilihat seseorang itu, misalnya melihatdirinya menari, atau membaca al-Qur’an dalam bilik mandi. Dalam kes ini, perkara tersebut bermaksud dia akan terlibat dalam suatu skandal dan reputasinya akan musnah, kerana bilik mandi ialah sebuah tempat umum, di mana rahsia peribadi seseorang boleh menjadi bocor jika tidak berhati-hati terhadap tingkah lakunya di situ.

Mimpi kanak-kanak juga mempunyai kebenaran, kerana Nabi Yusuf a.s. ketika berusia tujuh tahun telah melihat dirinya dan saudara-saudaranya dalam mimpi. Mimpi seorang wanita ketika haid juga mempunyai kebenaran kerana sebahagian agama melihat wanita tidak perlu melakukan mandi waj ib jika hendak kembali menunaikan ibadah.

Nabi Daniel a.s. menjelaskan bahawa malaikat mimpi Siddiqun ialah malaikat yang paling besar. Jarak antara bahu dengan telinganya sama dengan tujuh ratus tahun perjalanan berjalan kaki. Perumpamaan malaikat ini ialah seperti matahari. Jika terbit, maka terang-benderanglah segala sesuatu. Dengan izin Allah S.W.T. dia mengajar kaum muslimin, membimbing mereka dan menjelaskan kepada mereka ketentuan-ketentuan tersembunyi bagi mereka, sama ada baik atau buruk, di dunia ini ataupun di akhirat nanti. Ketika dia membawa sesuatu peringatan, atau menyampaikan potongan berita dalam sesebuah mimpi, ia bertujuan untuk membantu seseorang menghadapi kesukarannya dengan kesenangan, ketetapan hati serta tanpa tekanan ketika perkara itu terjadi.

Mimpi yang benar seperti ini biasanya terjadi dalam beberapa hari selepas kesukaran tersebut dihadapi. Mimpi ini datang sebelum fajar atau selama hari siang. Ja’afar al-Sadiq pernah berkata, “Mimpi yang benar ialah mimpi yang terlihat selama tidur siang.

Kadang-kala, seseorang berhasil melakukan sesuatu dalam mimpinya, tetapi hakikatnya ia bermaksud keberhasilan orang lain, umpamanya isterinya, anaknya, rakan pemiagaannya, atau orang lain yang mempunyai nama yang sama dengannya. Perkara sebegini terjadi kepada Abu Jahal ketika dia bermimpi melihat dirinya menerima Islam dan mengucapkan sumpah di hadapan Rasulullah s.a.w. Abu Jahal mati sebagai seorang kafir dan anaknyalah yang melaksanakan apa yang terlihat dalam mimpi bapanya.

Umm al-Fadl pernah menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Ya Rasulullah! Aku melihat mimpi yang buruk.”Baginda menjawab, “Semoga mimpi itu diberkati.” Wanita itu menyambung, “Aku melihat sepotong dagingmu diletakkan di pangkuanku.” Rasulullah s.a.w. tersenyum dan menjawab, “Puteriku, Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki dan engkau akan memangkunya.” Kemudian, Fatimah r.a. melahirkan seorang anak lelaki, dan Umm al-Fadl meletakkan bayi itu di pangkuannya.

Menurut Imam Jami, Zulaikha ialah seorang permaisuri yang cantik dan puteri seorang raja dari sebuah negeri di barat laut Afrika. Ketika masih muda, Zulaikha bermimpi tentang seorang pemuda tampan yang memiliki keindahan, kebaikan, kesucian, dan kejujuran yang menawan, dan beliau jatuh cinta terhadap lelaki itu. Zulaikha memendamkan cintanya itu secara diam-diam. Mimpi itu terjadi tiga kali, dan pada kali ketiga, befiau memberanikan dirinya untuk bertanya pada lelaki itu nama dan asal-usulnya. Dalam mimpi itu, lelaki tersebut tidak memberitahu namanya tetapi mengatakan bahawa dia ialah menteri kerajaan Mesir. Demikianlah, lelaki dalam mimpi tersebut menarik seluruh perhatian Zulaikha.

Akhirnya, bapa Zulaikha mengetahui alasannya menolak pinangan raja dan putera dari seturuh pelosok dunia kerana mempersiapkan diri hendak berkahwin dengan menteri kerajaan Mesir. Ketika rombongan Zulaikha sarnpai di Mesir, beliau mengintip melalui tirai dan melihat bahawa lelaki yang menjadi wazir Mesir bukanlah lelaki yang dilihat dalam mimpinya. Kemudian, dalani mimpi yang lain, Zulaikha diberitahu bahawa menteri Mesir yang dicintainya itu bukanlah menteri yang ada sekarang ini, tetapi orang inilah yang akan melindunginya sehingga dia bertemu dengan lelaki dalam mimpi yang dicintainya itu. Zulaikha menanti dengan penuh rindu dan yakin.

Suatu hari, seorang pedagang asing telah menemui Nabi Yusuf a.s. dalam sebuah perigi lalu membawanya untuk dijual di Mesir. Setiap orang yang merasa mampu ingin membeli Nabi Yusuf a.s., tetapi takdir menentukan baginda jatuh ke tangan Zulaikha, yang telah mendapat pengetahuan tentang erti Sebenar daripada pemberian Ilahi. Setelah suaminya meninggal dunia dan beliau kehilangan kecantikan, kemudaan, kesihatan dan kemuliaannya, barulah Nabi Yusuf a.s. dilantik menjadi menteri kerajaan Mesir. Baginda dapat membezakan yang sejati daripada yang sementara dan yang palsu. Berkat doa baginda, Allah S. W.T. mengembalikan kesihatan, kemudaan dan kecantikan kepada Zulaikha dan mereka berkahwin dalam kesucian, , dan peribadatan yang murni kepada Allah S.W.T.

Rujukan: Muhammad Ibnu Sirin (Terjemahan: Abdul Hamid & Azman Ayob). 2004. ENSIKLOPEDIA TAFSIR MIMPI MENURUT TRADISI ISLAM. Kuala Lumpur: Crescent News (KL) Sdn. Bhd. m.s 9-13.
http://www.crescentbook.com/crescentbook/index.html

By mykrk Posted in Umum Di tag

POKOK GHARQAD (AFRICAN BOXTHORN)


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: ” Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: ‘wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi “. Baca lanjut di http://amin1982.wordpress.com/.
atau di sini : http://www.arabmykrk.com/galeri/pokok-gharqad-african-boxthorn.html

Waktu Senja: Apa Yang Patut Kita Buat?


Nak tahu apa setan tu kata?. Klik gambar
Al-Bukhari, Muslim, An-Nasa’i dan Ibn Majah mentakhrij hadis dari Jabir r.a., bahawasanya Rasulullah sa.w. berkata (maksudnya)

“Apabila telah datang senja hari, (menjelang malam),maka jagalah anak-anakmu, sebab saat itu syaitan sedang berkeliaran. Dan ketika malam sudah berjalan beberapa waktu, maka asingkan mereka (di dalam rumah) dan tutuplah pintu-pintu runahmu, lalu sebutlah nama Allah. Sebab, syaitan tidak pernah membuka pintu yang tertutup. Tutupilah semua bejanamu, dan sebutlah nama Allah S. W.T, dan kalau kamu hendak mengeluarkan sesuatu darinya, maka padamkanlah lampumu.”

Redaksi yang terdapat dalam Shahih Al-Bukhari berbunyi sebagai berikut: Dari Jabir ra., dari Nabi s.a.w., bahawasanya beliau bersabda (maksudnya),


 “Jika malam telah tiba (ketika engkau berada pada waktu petang), maka tahanlah anak-anakmu. Sebab, saat itu syaitan sedang berkeliaran. Dan kalau sudah lewat satu saat (jam) sesudah ‘Isya, maka kurunglah mereka dalam rumah. Kuncilah pintu dan sebutlah nama Al¬lah. Padamkan lampu-lampu kalian dan sebutlah nama Allah. Tutupi tempat air kalian dan sebutlah nama Allah, dan tudungi wadah-wadah kalian dan sebutlah nama Allah, walaupun engkau akan mengeluarkan sesuatu darinya.”

Ketika menjelaskan hadis ini, Ibn Hajar Al-‘Asqalani mengatakan, “Ibn Al-Jawziy mengatakan bahawa kekhuatiran terhadap anak-anak saat itu kerana najis-najis yang sangat disukai oleh syaitan biasanya masih melekat pada diri mereka, dan zikir yang mencegah gangguan syaitan tidak dimiliki oleh anak-anak itu.

Ketika syaitan-syaitan berkeliaran biasanya bergantungan pada apa saja yang boleh mereka jadikan gantungan. (tepat sekali! Masa sakit sakit dulu saya amat kesakitan apabila berada berhampiran dengan apa jua objek yang ‘bergantung’). Kerana itu dikhuatirkan terjadi hal-hal yang tidak diinginkan pada anak-anak itu. Hikmah yang ada pada berkeliarannya syaitan-syaitan itu adalah kerana gerakan mereka pada malam hari lebih hebat dari di siang hari. Sebab, kegelapan dapat menghimpun kekuatan mereka. Demikian pula halnya dengan segala yang berwarna hitam. Itulah sebabnya, maka dalam hadis Abi Dzar disebutkan bahawa, “Anjing hitam itu adalah syaitan.” Hadis ini di-takhrij oleh Muslim. (Lihat Fat-h Al-Bari fi Syarh Shahih Al-Bukhari, jilid VI, hlm. 393.)

Adapun petunjuk Nabi s.a.w., untuk memadamkan lampu-lampu, maka yang dimaksudkan adalah lampu-lampu minyak tanah, agar tidak tumpah dan membakar rumah saat penghuninya sedang tidur. Misalnya, syaitan membuat terkejut binatang tertentu, sehingga melanggar lampu tersebut, dan tumpah, lalu menimbulkan kebakaran. Dalam hadis dengan sanad sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban disebutkan bahawasanya Rasulullah s.a.w. berkata,(maksudnya) “Apabila kalian tidur, maka padamkanlah lampu-lampu kalian. Sebab, syaitan-syaitan berkeliaran seperti tikus-tikus dan melanggar (lampu-lampu kalian) sehingga kalian terbakar”

Iaitu ketika malam tiba, kalau sekiranya kegelapan itu diangkat dari kalian, nescaya kalian akan dapat melihat apa yang ada di sekitar kalian. Ada pula di antara mereka yang pandai mengganggu anak-anak kecil, misalnya dengan membuat mereka bertengkar satu sama lain, atau membuat barang permainan salah seorang di antara mereka menarik keinginan kawannya untuk memiliki, sehingga mereka berebutan dan berkelahi, bahkan sampai ada yang mati. Sering pula pertengkaran yang dikobarkan syaitan di kalangan anak anak itu memancing keterlibatan orang tua dan keluarga masing-masing. Dalam keadaan seperti itu, syaitan semakin meningkatkan jumlah mangsanya, sehingga pertengkaran tersebut semakin menjadi-jadi, dan akhirnya menimbulkan kejahatan.”

Sekali waktu betul-betul terjadi syaitan menampakkan diri dalam bentuk bola yang dimiliki seorang kanak-kanak yang duduk di atas basikalnya yang mulai bergerak. Tiba-tiba anak itu diingatkan terhadap bola itu, dan dia berusaha untuk menangkapnya, tetapi gagal kerana bola itu seakan-akan ada yang melemparkannya dengan kuat. Anak itu berusaha mengejar dengan sekuat tenaga, sampai akhirnya dia terjatuh dan patah lengannya. Bola tersebut jelas adalah syaitan.

+ “Sampai begitu rupa perbuatan syaitan-syaitan itu? Lantas di mana otak orang-orang itu?” tanya saya sengit.

– “Tentu saja orang yang berakal dan bijak akan selamat dari gangguan seperti ini. Akan tetapi ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, maka kesedarannya menjadi hilang. Syaitan hafal betul akan hal itu. Kerana itu, mereka segera mengumpulkan pasukan untuk menjatuhkan orang yang seperti itu.”


Sumber:
Muhammad ‘Isa Dawud (Wartawan Mesir). 1996. PENGALAMAN RUHANIYAH MUHAMMAD ISA DAWUD – DIALOG DENGAN JIN ISLAM. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada.

Kewajiban Ibu Terhadap Anak-anaknya


Gambar dari Majalah ANIS Feb. 2009 m.s 28
Artikel ini ditulis pada tahun 1953 = 1372H. Aku pun belum lahir lagi masa itu tetapi kandungannya masih releven hinggalah ke hari ini. Ia ditulis oleh As’ad Lutfi Hasan dalam bukunya yang bertajuk PERKAHWINAN DALAM ISLAM. Mari bersama kita telusuri.

Anak yang tadinya dilahirkan oleh ibu, yang baru masuk namanya ke dalam daftar masyarakat hidup, yang baru mencuba sama menyedut udara nyaman, maka untuknya adalah perkara yang patut diingat, tidak seizinnya diserahkan saja pusingan takdir, terlucut dari sesuatu yang berguna untuknya, kemudian disesali dan ditangisi setelah hidupnya menemui kecewa,kerana anak itu adalah amanah yang dipertaruhkan Allah, sebuah permata yang dianugerahi Tuhan untuk ibunya. Jika dipersia-siakannya nescaya malaplah ia tidak bermaya, jika digosok dan digilapnya tinggilah mutunya tambah berharga. Kanak-kanak yang tidak tahu bentuk nasibnya di dalam takdir, yang tidak mengenal kehendak Allah apakan jadi pada dirinya, tetapi dia adalah seorang anggota masyarakat, sebuah manik di lingkaran kalung yang mesti mengambil kedudukan tetap di tempatnya sendiri dan dengan kedudukannya itulah dia bergolak di lapangan pergaulan yang bak samudera merentang luas, tak nampak tanah daratan, dalamnya sukar hendak diduga, dilambung gelombang sedang berkecamuk, dihenyak aluan gulung menggulung. Janganlah dibiarkan terumbang-ambing sendirinya, membenam masuk ke mulut gewang. Jagalah dia sehingga besar, hidup kuat memberi guna, naik mutu tinggi nilainya. Itu hanya akan didapati kalau ibu tahu harga anaknya, di mana letak kedudukannya, pandai menyukat anggaran hidupnya, dan mahu berusaha menjadikan dia seorang yang berjiwa besar, dari kecil ditatihnya hingga sampai muda belia, disediakannya untuk kebajikan, dijauhinya dari kejahatan, dibekalinya sebab-sebab beroleh nikmat bahagia, sihat afiat segar sentosa beserta ilmu kepintaran. Dilatihnya bermutu berhemah tinggi, tahan dan kuat gagah berani. Dibawanya maju ke hadapan, diajarnya berfikir tegas dan lunak budi bicara, dibiasakannya berotak sihat dan manis tutur bahasa, beradab sopan, rancak bergaul, tangkas bekerja.

Kalau dibiarkan saja orang yang baru menjelma ke alam manusia ini, dia akan menjadi seteru insan, wujudnya tidak bererti, dia hanya akan bekerja untuk kejahatan, merosakkan usaha-usaha kebajikan, gunanya sedikit, bencananya banyak, seperti duri dalam tekak dan hempedu dalam makanan. Segala kerjanya adalah jahat dan derhaka, mencari-cari marah serta kebencian orang, dinista dan diejek-ejek, dielak-elakkan seperti serpihan kaca, meluka dan menyakiti, menghalang dan merosakkan orang, si tukang pecah persatuan, pengembang kemungkaran dan pembuat pesona, merenggangkan perhubungan dan menabur sengketa, terlantar menjadi sasaran takdir, sejenis dari kotoran najis, terbuang sebelum sampai tempohnya, celaka oleh perangainya yang buruk itu, tidak diindahkan di kalangan kawan-kawan dan teman sejawat.


Jika perkaranya diambil berat dan dipentingkan oleh ibu bapanya beruntunglah dia mendapat didikan yang sempurna, cukup terpelajar, bersopan santun, jadi pemuda yang ingin berbakti, sanggup menjauhkan dirinya dari segala kecemaran, darjatnya naik di kalangan manusia laksana sebiji berlian yang memikat pandangan, menarik pasangan mata, mempengaruhi setiap orang yang melihat, menawan segenap hati, berkenan pada kecantikannya dan ingin memakainya untuk perhiasan, sekalian orang gemar mendekat, gembira dengan keindahannya, tak kunjung lepas dari bibir, disebut dan dipuja-puja. Kalau beginilah sifat-sifat pemuda, dia adalah seorang yang berguna, bekerja untuk kebajikan, berusaha membanteras kejahatan, menyebarkan amalan yang suci murni dan menjadi contoh untuk diikuti.


Wahai ibu! Pemberian Allah itu adalah amanah yang menjadi tanggungjawabmu. Kewajipanmu adalah menjaganya dari pencuri-pencuri perangai. Ingatlah supaya anasir-anasir hina, pencabul kehormatan dan kesopanan tidak dapat menghulurkan tangan kepadanya. Peliharalah dia seperti memelihara jiwamu sendiri. Jika kau abaikan bererti mengabaikan hidupmu sendiri, kelak kau juga yang akan terlantar seperti bangkai, tidak bergerak, tidak bernyawa.


Janganlah ditinggalkan saja anakmu di dalam buaiannya, kau serahkan saja segala perkaranya kepada orang lain, tetapi pergunakanlah segenap waktumu untuk mengurus keadaannya. Janganlah berjaga pada waktu sakitnya saja tetapi juga pada waktu sihatnya, rawatlah dia terus menerus sehingga besar, subur dan cergas, tiada dihinggapi oleh berbagai-bagai penyakit. Anakmu itu adalah seperti bunga mekar yang hidup dahannya, sedang kau sendiri seperti tukang kebun yang pandai. Jika dibiarkannya tentulah condong dan bengkuk pohonnya, kalau diselenggarakan hidupnya lurus subur mengarang dalam lingkaran. Jagalah agar dahan kecilnya itu tidak bercabang, kelak sukar membetulkannya, salah caranya haruslah patah, tak dapat lagi hendak disambung.


Kau adalah sekolahnya yang pertama, daripada ibulah dia dapat pelajaran. Apa juga yang diperolehnya diwaktu kecil akan dibawanya terus ke kubur. Sokonglah kebanggaan perasaannya dengan cara yang seelok-eloknya. Turutilah jejaknya agar selamat, bersabarlah jangan bergopoh, beranikan dari kecilnya dan jangan ditakut-takuti. Ringankan segala kesilapannya, maafkan segala keterlanjurannya, biasakan dia bertaubat dan meminta ampun, dan janganlah lekas memarahinya kerana dia tidak mengerti bagaimana mahu mengutarakan keinginannya, membentangkan cita-cita dan kehendak hatinya.


Oh, Ibu! Sesungguhnya pengajaran Islam telah meletakkan syurga di bawah tapak-tapak kakimu dan memaksa anakmu mencintai dan menghormatimu. Bangunkanlah cintanya itu untukmu dengan mementingkan pemeliharaannya. Tetapkanlah penghormatannya untukmu selama-lamanya dengan mengambil berat segala perkara mengenainya, agaklah masa kecil, waktu muda dan zaman dewasanya, letakkanlah gadis-gadis kerjanya menurut umur dan tingkatan usianya, keraskan hati dan tahan sedapat-dapatnya untuk melatihnya, peliharalah segala gerak langkahmu bersamanya dengan lembut dan tenang, dan korbankan untuknya apa yang mungkin dirasanya bahawa kau mencintai dan mengasihinya. Dengan cara demikian dia akan menjadi seorang muda yang mematuhimu dan dapat mencontohimu dalam mengerjakan usaha-usaha yang baik dari keelokan pemeliharaanmu itu. Jagalah seboleh-bolehnya supaya dia terjauh daripadamu ketika kau marah dan tidak dapat melihat apa-apa selain daripada perbuatanmu yang elok dan baik.


Bukakanlah matanya terhadap cahaya kebenaran, padamkan dari penglihatannya api bohong dan pendustaan. Biasakanlah dia bersikap benar, jangan dipaksa dalam segala perbuatannya supaya dia tiada berbohong kerana takut, tetapi biarkanlah dia bekerja menurut bentuk jiwanya sendiri sehingga fikirannya menjadi kental dan masak, segala gerak gerinya melahirkan faedah yang nyata, dan usah jemu-jemunya memberi nasihat dengan lunak dan tenang. Janganlah dia ditengking, dipukul dan disakiti meskipun besar salahnya dan berulang-ulang kali membuat salah, kerana menyakitinya itu menyebabkan cita-citanya lebur, akhirnya patah hati dan tidak ambil peduli. Demikian juga berlaku keras menyebabkan dia jua tak ingin mengulang percubaannya yang tak kena itu untuk kerja yang baik-baik.


Pandanglah dia sebagai kanak-kanak ketika dia di dalam buaian, sebagai hampir (kawan) kedatangan mimpi ketika sudah meningkat umur, dan sebagai seorang teruna diwaktu muda belia. Jangan dipandang dari segi yang tidak cocok dengan umurnya, dan kerja yang di luar kesanggupannya janganlah disuruh buat. Janganlah disangka sebagai seorang yang sudah sempurna kejadiannya, janganlah difikir dia akan terus mahu membuat apa yang kau suruh jika tidak secara beransur-ansur. Dia – anakmu itu adalah seperti sepotong getah, tidak akan tentu bentuknya dan tidak akan terpelihara keadaannya kalau tidak kau berusaha bersungguh-sungguh mencetaknya. Jika kau pandai, eloklah bentuknya, kalau tidak binasalah dia. Jagalah supaya jangan sebelah tangan lain menghulur kepadanya selain daripada tanganmu sendiri. Jangan diserahkan perkaranya kepada orang lain atau dibiarkan saja bulat-bulat sesuka khadam, tetapi pergunakanlah segenap waktumu untuk anak-anakmu. Kau adalah dijadikan untuk mereka dan mereka telah dianugerahkan Allah untukmu. Janganlah dipercayakan saja intan-intan permatamu itu kepada orang lain. Janganlah disia-siakan amanah Allah yang telah dipercayakan kepadamu itu, dan janganlah dibiarkan sangat leluasa bergaul dengan orang lain meskipun dengan kerabat-kerabat mereka sendiri. Awaslah kalau-kalau mereka dipersia-siakan oleh khadam. Kalau kau cuaikan semuanya itu tak ada yang kan kau perolehi selain dari penderitaan dan sesal.


Kanak-kanak itu seperti bunga. Jika terletak di dalam pasu-pasu yang berjenis-jenis harum semerbaklah baunya, tetapi jika berada di antara pianggang-pianggang rumput, disedutnya baunya, layulah dia tidak mengirap. Apa yang sudah luput tak akan dikembalikan lagi, mustahil dapat disegarkan semula, dan mungkin luruh semuanya selain duri-durinya sahaja yang bakal tinggal. Setelah bersuka-suka dan bernyaman-nyaman dengan baunya, dia pun lari, tak mahu mendekatinya, tinggallah duri-durinya berkecambah menyayat tangan melukakan kaki.


Jika kau sudah tahu semuanya itu wahai ibu yang merindu, takutilah Allah pada anakmu. Tetapkanlah rasa cintanya terhadapmu dimasa hidup dan sesudah matimu. Janganlah kau lihatkan kepadanya segala peranan yang kau lakukan selain dari perkara-perkara yang baik dan memberi guna.


Wahai ibu yang penyayang! Bukanlah sayang kepada anak, dibiar jahat mahupun baik sesuka hatinya, tetapi sayang sebenar sayang, kalau baik dibaiki lagi, kalau menyalah tunjukkan dia, kalau bodoh diajari, dilatih jika tak tahu, dibiasakan baik jika jahat. Apabila perangainya sudah elok, suburkan pula perasaannya. Janganlah semata-mata sayang sahaja tetapi perbuatlah segenap tempohmu seperti mata yang terus jaga, sebagai diri yang tetap bergerak, dan pasanglah sendi hidupmu untuk menegak membangunkannya.


Wahai ibu! Biasakanlah anakmu berbesar hati dan kenamaan, tanamlah padanya benih jiwa yang besar mulia, kikislah dari semangatnya perasaan lemah yang suka menyerah, dan fahamkan kepadanya bersungguh-sungguh bahawa sejenis roti yang diperolehi dari titik peluh sendiri adalah lebih baik dari seenak-enak makanan dari usaha orang lain. Ajarlah dia suka bekerja dan berusaha, dan bawalah menempuh perjuangan jihad yang suci mulia: (Menuntut ilmu untuk ilmu). Nyatakan kepadanya bahawa dasar ilmu adalah mengenal segala yang wajib, dan awal wajib iaitu beriman dengan Allah, patuh menurut segala perintah dan menjauhi segala larangan, menghormati kitab Allah yang Maha Berkuasa dan Bijaksana, dan percaya terhadap nabi-nabi yang menjadi perutusan Tuhan. Masukkan pengertian ke dalam otaknya bahawa: (Ilmu untuk makan) akan hilang jika tak makan, tetapi (Ilmu yang supaya manusia mendapat pelajaran) tetap kekal selagi penuntut-penuntut masih hidup dan para guru tak kunjung dilupakan, selama mereka mengikut petunjuknya. Di belakang itu jangan berkeputusan mencari rezeki, tetapi terus menjalankan usaha. Sesungguhnya Allah tidak pernah menggelapkan upah mereka yang bekerja.


Wahai ibu! Biasakanlah anakmu menjadi pemberi bukan diberi, bersedekah bukan disedekahi. Sesungguhnya meminta-minta mengemis itu adalah seberat-berat penyakit yang tak kan sembuh, tak ada penawar dan ubatnya, itulah penyakit dari segala penyakit, punca dari tidak mempunyai cita-cita, mati hati, tidak berperasaan. Tanamlah di dalam diri anakmu perasaan jujur dan ikhlas terhadap dirinya sendiri dan umum manusia, memelihara kemuliaan, menjaga ketinggian dan kebesarannya, membunuh rasa yang suka menyerah, menyerang kemalasan yang tak ingin bekerja, agar tak kaget memasuki gelanggang perusahaan hidup, berhemah tinggi serta berani.


Wahai ibu! Biasakanlah anakmu berperangai lunak, mulia dalam segenap usahanya, tidak haloba dalam segala keinginannya, suka besar dalam sepenuh cita-citanya, tampil untuk derma-derma kebajikan, maju berbuat bakti, banyak kawan, sedikit musuh. Tanamlah di dalam hatinya rasa menjauh dari dengki, busuk hati dan menganiaya. Hembuskan ke dalam jiwanya tekad yang teguh dalam berusaha, cenderung berkhidmat untuk manusia, mengasihi segenap bani insan sebagai mencintai diri nya sendiri.


Oh ibu! Kembangkanlah ilmu kebaktian pada anakmu, pancarkanlah cahayanya sentiasa di hadapan matanya, kirapkan bau wanginya yang semerbak itu di mana-mana dia berada, tujukan hidupnya ke arah ‘bakti’, agar dia menjadi seorang penolongnya, bekerja terus untuk menaikkan panji-panjinya. Sesudah itu peringatkan pula betapa hasil perbuatan yang rendah, dan bentangkan di hadapan matanya setiap masa bagaimana akibat-akibat kejahatan dan mala petakanya. Kemudian tunjukkanlah hasil-hasil yang elok dari usaha-usaha yang suci mulia, dan janganlah pula lupa selamanya memberi perbandingan antara jalan yang dua itu – yang buruk dan yang baik – dengan mana kau akan dapat menghidupkan padanya rasa cinta kebajikan, membenci dan membanteras kejahatan. Penuhilah jiwanya dengan kelimpahan dan kedermawanan, bermurah hati dan santun budi bicara. Biasakan dia memandang mulia dan menghormati orang yang mempunyai kedudukan dan keturunan baik, menjauh dari tuan-tuan punya nikmat yang palsu, yang mempunyai kedudukan yang tidak kekal dan bakal rosak.
Untuk melaksanakan kewajipan itu, kau sewajarnya berpandukan kitab yang nyata turun dari Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Bijaksana. Maka jadikanlah anakmu daripada mereka yang hafaz Al-Qur’an, lelaki yang bertakwa dan beriman. Ajarilah dia perjalanan hidup Ar-Rasul Al-Amin An-Nabi Al-Karim s.a.w. Di dalamnya banyak teladan yang elok dan contoh yang baik-baik untuk diturutinya. Itulah petunjuk yang akan membawanya ke jalan yang lurus, ke arah membentuk keadaan yang kuat dan teguh. Dan ajarkanlah kepadanya sejarah nabi yang terpilih itu serta apa yang dideritainya di jalan menyeru manusia dalam berbagai-bagai pusingan dan peredaran, juga apa yang telah ditemui baginda daripada musuh-musuh kaum penyengutu Allah yang tidak mempercayai baginda. Ajarilah anakmu ilmu sejarah. Sejarah adalah cermin daripada segenap kejadian, mengandungi rahsia-rahsia peralihan zaman dan saksi yang adil dari apa yang berlaku pada manusia setiap masa, istimewa sejarah penghulu dari sekalian nabi dan penutup utusan Allah di mana segala yang bertabur ada terkumpul di dalamnya, melengkapi segala kejadian dan penuh berisi barbagai-bagai teladan. Bukan sedikit kekerasan, kesakitan dan penderitaan yang pahit-pahit yang telah ditemui oleh Rasulullah s.a.w. dalam usahanya untuk mempropaganda terhadap Allah. Betapa banyak kesukaran dan kemelaratan yang telah ditimpakan kepadanya oleh musuh-musuhnya kaum kafir, dan bagaimana pula tetapnya pendirian baginda dengan jiwanya yang besar, hati yang tabah beserta perangai tinggi mulia membasmi segala penentangan itu.


Wahai ibu! Ajarilah anakmu sejarah membangun syara’ yang besar itu, dan terangkan kepadanya bagaimana tetapnya pendirian baginda di hadapan penyerbuan musuh-musuhnya kaum musyrikin, diperkuat Allah segenap langkahnya membunuh kaum penyembah berhala, berdiri teguh menentang mereka meskipun besar jumlah mereka dan mempunyai kelengkapan yang banyak. Mereka ingkari hak baginda di kalangan mereka, mereka tak akui baginda lagi sebagai bangsanya, mereka tidakkan sama sekali kebaikan baginda. Tetapi dengan rasa kejujuran yang kuat, tekad yang padat, keyakinan yang tetap dan keimanan yang teguh, baginda bertahan, laksana sebuah gunung besar yang tidak bergerak, tidak berkisar, tidak berganjak tidak gentar, tidak sakit tidak mengadu, dan tidak mengeluh sehingga beroleh kemenangan nyata yang muktamad.


Ayuhai ibu! Ajar anakmu kerja-kerja pembentuk perdamaian yang besar ini, pemimpin besar yang telah mengubah corak permukaan bumi, yang telah menyusun bangunan dunia, mengatur acara hidup, menukar kepercayaan manusia, meletakkan sendi-sendi dasar kehidupan yang tetap dengan mana baginda telah berjaya menegakkan menara petunjuk, menerangi segenap hati dengan beriman terhadap Allah yang Esa Maha Tinggi, membangunkan setiap diri dengan meyakini kekuasaan Tuhan yang Maha Berkuasa, membawa cahaya yang ada padanya, yang tak cacat sedikit jua, baik ketika berada di sisinya mahupun sepeninggalan wafatnya: Sebuah kitab dari Allah yang Maha Mulia Bijaksana. Dibukakannya pintu-pintu kehidupan yang lapang untuk manusia, di aturan undan
g-undang pergaulan bani insan, dibersihkannya dunia dari kekotoran keberhalaan, diterangkannya adat-adat yang sebaik-baiknya dan cara-cara hidup yang paling mulia, dibentuknya suatu makhluk baru, suatu umat yang pandai bekerja setelah mereka terkenal degil menyangkal dan tidak terkenal sedikit juga.
Ditiupkannya pada mereka ‘jiwa perjuangan’ untuk hidup dan sesudah mati, diperkencangkannya setiap langkahnya, diperteguhnya segenap tekadnya dan didorongnya selama-lamanya maju ke muka.


Oh Ibu! Seelok-elok peringatan ialah peringatan petunjuk. Petunjuk siapakah yang lebih elok dari Rasulullah s.a.w.? Amalan siapakah yang lebih murni dari perjuangan hidup baginda? Dan siapakah lagi yang lebih tinggi kedudukannya, kekuatannya, kebaikannya, keutamaannya dan panji-panjinya selain baginda? Ajarilah anakmu segala perbuatan dan usaha baginda serta segala yang berhubung dengan kehidupan dan perjalanan hidup baginda alaihis solaatu wassalam yang harum itu. Semuanya itu adalah lebih besar dari apa yang telah dan yang sedang dibuat oleh pembesar-pembesar, yang sangat dicintai agar raja-raja dan pemerintah-pemerintah beroleh taufik mengerjakannya. Sebesar-besar aturan dan cara hidup yang dijalankan oleh penganjur-penganjur dan para pemimpin, serapi-rapi susunan untuk mendirikan keamanan, dan seteguh-teguh hukum untuk memperdapat kesenangan, kemewahan hidup, namun ‘tuah dan damai’ itulah jalan yang selurus-lurusnya, yang paling selamat dan paling santun.


Wahai ibu! Ulangilah lagi riwayat hidup rasul amanah, betapa bijak perhatiannya, betapa teguhnya baginda berfikir, berlemah lembut dalam segala pekerjaan dan budi bicaranya, tolong menolong bersama mukminin segolongannya, membantu mereka yang hidup terlantar, mengubat si malang yang ditimpa penyakit, melipur duka yang dirundung malang, tak pernah menghampakan hajat mereka, yang mulia dipandang mulia, yang besar dibesarinya juga, yang kecil dikasihinya, tak ada padanya yang disebut sia-sia, hendak membelot jauh sekali, segala-galanya sangat amanah. Ajarilah anakmu tentang bagaimana kelicinan baginda, kebijaksanaan yang telah ditunjukkannya dalam memerangi dan menggempur kaum-kaum kafir, dan bagaimana baginda menentang mereka. Musuh-musuh baginda adalah banyak cukup dengan alat kelengkapan, sedang baginda dengan penolong-penolongnya hanyalah pasukan sebilangan kecil. Tetapi segenap kekuatan baginda bersama kaumnya adalah terletak pada percaya terhadap Allah dan yakin akan mendapat pertolongan yang nyata. Kekuatan itulah yang menghancur-leburkan serangan dan pertahanan musuh sehingga kemenangan tetap berada di tangan baginda, kekuatan mana lagi? Tidak lain daripada Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana.
Ajarilah anakmu bahawa hidup adalah perjuangan. Bagaimanapun tingginya cita-cita dan panjangnya umur manusia namun pasti akan pulang ke asalnya, ke tempat ciptaannya dari bumi, kerana manusia dijadikan dari tanah (maksud ayat Al-Qur’an: Daripadanya (tanah) kamu Kami jadikan, ke dalamnya kamu akan Kami kembalikan, dan daripadanya juga kamu akan Kami kembalikan sekali lagi.) Dan bahawa dunia ini rumah persinggahan, akhirat juga rumah yang kekal. Maka hendaklah dia mengatur perbekalan dari tempat singgahnya itu ke tempat yang tetap, supaya disediakannya untuk dirinya amalan bakti dari dunia menuju akhirat, dan agar dicontohinya amalan Rasulullah s.a.w., diikutinya jejak diturutinya jalan baginda, mengerjakan suruh, menjauhi larangannya.


Ajarilah anakmu: Atlas perjuangan sahabat Ansar dan Muhajirin, bacakan kepadanya riwayat hidup mereka yang penuh setia itu, terutama sejarah Khulafa’ur Rashidin sesudah Rasulullah Al-Amin, dan pemerintah-pemerintah di belakangmereka. Jadikanlah sejarah harum yang membawa kemegahan yang paling besar ini lebih utama dari berbagai-bagai hikayat dan cerita-cerita yang karut marut, sejarah yang akan dapat menjaga dan menghidupkan hati, menyalakan api gembira dan berani di dalam diri. Peringatkanlah kepadanya sejarah Abu Bakar As-Siddiq r.a. bagaimana sukanya menghulurkan tangan untuk menolong, murah hati dan dermawan, terutama pertolongannya yang istimewa terhadap rasul yang mulia dan keberaniannya menemani baginda di dalam gua.


Ajarilah anakmu riwayat hidup Al-Faruq Umar bin Al-Khattab r.a. yang mana dengannya Allah telah menolong tentera muslimin dan melebur tentera musyrikin sehingga termasyhur di kalangan kaumnya sebagai ‘pedang tajam islam’.


Nyatakan kepadanya: Usaha murni Uthman bin Affan, bagaimana dia berkhidmat untuk Islam, mengumpul dan memelihara Al-Qur’an. Sebelum Rasulullah s.a.w. wafat, Qur’an telah siap disusunnya dan dibacakannya terhadap baginda.


Sebutkan kepadanya: Riwayat ‘Aliy Karramallaahu Wajhah saudara sepupu Rasulullah s.a.w. di pihak ayah dan suami Fatimah Az-Zahra’ r.anha, gedung ilmu, juara pedang dan sastera.


Ajarilah anakmu riwayat ‘Peperangan Tabuk’. Bagaimana Khalid bin Al-Walid dan tentera-tentera musliminnya bertindak. Dengan usaha dan perjuangan mereka Allah Ta’ala menaikkan bendera Islam di tanah tinggi Syam (Syria), Parsi, China, Afghanistan dan berkibar terus sehingga ke Negara Romania.


Kemudian bawa pula perhatiannya kembali ke Mesir yang telah dimasuki oleh Amru bin Al-As dan tenteranya, mengibarkan bendera Islam di sekitar daerahnya dan mencacakkan tiang-tiang tinggi ‘haiya ‘alal falah’ hingga sekarang.


Ajarilah anakmu semuanya itu. Singkirkan daripadanya cerita ***‘Abu Rijal Maslukhah’, ‘Luba’ba’, ‘Abu Khiisyah’, ‘Penggal-penggal Kitab Seribu Satu Malam’, ‘As-Sanad Badul Bahri’, ‘Allasshus Sariif’ dan ‘Nawadir Hafiz Najib’. Haramkan dia membaca cerita ‘Kasy Kasy Bak’, ‘Ar-Raihaaniy’. *** (seumpama buku-buku dongeng yang biasa kita dengar). Dan janganlah ditinggalkan sahaja dia ke pusingan takdir.


Masukkan ke dalam otaknya bahawa: Agama, tanahair dan berurusan di kalangan manusia adalah sepenting-penting perkara yang wajib dihormati, yang mesti ditunaikan kehendaknya. Dan di dalam itulah terkumpulnya segala-galanya, padanyalah terletaknya lapangan kemakmuran, merdekanya ibu pertiwi, mewahnya kehidupan, dan menangnya dari segala musuh. Daripadanyalah bersatunya kalimat, sejalannya fikiran, sejajarnya barisan, menangnya kebenaran, terbelanya yang lemah, tumpulnya tajam yang kuat, terhentinya kehalobaan dan sampainya ke kemuncak cita-cita. Dan daripadanya jugalah berhubungnya kasih-sayang, tertegahnya perdendaman, datangny
a rindu, tumbuhnya cinta, sebatinya anasir dan bertautnya segala yang putus. Seterusnya melahirkan aman, sentosa, berjalannya keadilan, terbasminya kezaliman dan terpulangnya sesuatu ke tangan yang empunya. Inilah dia batu-batu permata yang paling gemerlap, terkarang di tajuk mahkota umat, semahal-mahal lo’lo’ di atas kepala lelaki dan sebesar-besar bintang tersisip di dada pahlawan-pahlawan kesatria.
Hiaslah anakmu dengan ini, sediakanlah itu untuknya, dan usahakanlah terus menerus supaya dia dapat mencapainya.


Tak kan dapat anakmu memperolehi semuanya itu secukupnya kalau tidak dijadikan seorang yang mulia, tahan hati, bukan bacul, tidak sombong, jauh dari kecemaran, tak celupar mulut, suci dirinya, tidak menyembunyikan perbuatan busuk, elok perangainya, merendah diri, tidak pemarah, jauh dari kesasaran, berani menampilkan diri, besar keinginan dan tinggi cita-cita.


Kaulah sendiri oh ibu, yang bertanggungjawab, kerana kaulah yang dikatakan oleh penyair Mesir: ‘sekolah’ – diharumi Allah pusaranya -.


Biasakanlah dia menjadi lelaki yang sopan, tidak menganiaya dan tidak dianiaya, tidak melampaui dan tidak dilampaui. Berilah perhatian terhadap segala haknya supaya dia tidak mempersia-siakannya dan melewati batasnya ke sempadan yang lain, menolak yang salah dengan yang benar, membela yang benar dengan keadilan, tidak terpengaruh oleh rasa belas kasihan, tidak takut berterus terang pada yang hak baik di hadapan orang besar mahupun bersama yang kecil, biar dipuji atau dicela, tak gentar menentang hakim, berupa hebat angkat kepala, memberikan hak kepada yang empunya, menghormati yang besar bukannya tunduk, mengasihi yang kecil tidak menindas, seterunya takut terhadap Allah masuk bilangan para solihin.


Ayuhai ibu! Sejarah itu bapa pengajaran. Sebagaimana yang telah saya katakan tidak ada di sana sejarah yang lebih besar daripada sejarah nabi kita s.a.w. Oleh itu hendaklah kau gunakan kesempatan maulidur Rasul s.a.w. untuk menghadiahkan kepada anakmu riwayat hidup baginda yang suci itu, yang lebih manis dari halwa, lebih bagus dari segala barang yang disediakan orang, juga dari segala tempat menari, tempat melancong, wayang gambar, dan berbagai-bagai tempat kotor ke mana biasanya orang-orang membawa anak-anak mereka bersuka-suka.


Nah ibu! Kau sudah kuberi pertolongan, kuberi bantuan dan kuperingatkan. Kaulah orang yang mula-mula mendengar dan lebih mengetahui bahawa aku telah menunaikan kewajipanku. Sekarang kau tunaikan pulalah kewajipanmu. Bukanlah ajaran itu terhadap anak lelakimu sahaja tetapi juga untuk sekalian anak-anakmu lelaki dan perempuan, malahan perempuanlah yang lebih utama dan lebih berhak mendapat pendidikan. Perbuatan hina sudah berkembangan mengatasi kesopanan, pemudi sudah bebas sebebas-bebasnya, mutunya sudah jatuh dan harganya sudah turun. Berhubung perkara ini hendaklah kau kembali ke riwayat ibu besar ‘Khadijah Al-Kubro’ puteri gemilang ‘Fatimah Az-Zahra’’ ‘Aisyah Ummul Mukminin’ dan banyak lagi perempuan kaum muslimah selain mereka. Ajarilah puterimu riwayat hidup mereka yang cemerlang, bagaimana mereka beradab sopan, tetap pendirian, suci mulia, menjaga maruah diri, banyak ilmu dan luas pengalaman.


Berilah pengertian terhadap puterimu bahawa kesucian diri, keharuman nama dan menjaga maruah itulah mahkota gadis-gadis. Kalau semuanya ini dipeliharanya, dia akan hidup megah dan segak, tetapi jika itu disia-siakannya, dia akan jatuh menjerembab, tersungkur yang tak akan mungkin bangun lagi, dan kesannya tinggal ke anak cucu, jangan diharap akan terlipur oleh jejak-jejak peredaran tahun.


Ajarilah puterimu segala kewajipannya terhadap agama, terhadap ibu bapa, saudara maranya, suaminya, anak-anaknya dan terhadap manusia amnya. Kerana di dalam soal ini lebih besar tanggung jawabnya berbanding anak lelaki.


Apabila kau sudah mengerti wahai ibu bahawa inilah kewajipanmu, tanggungjawabmu dan amanah yang dipikulkan ke tengkukmu, saya percaya cukuplah sekadar itu untuk dikerjakan dan mempergunakan segala kesempatan. Sesudah kau tunaikan kewajipanmu itu maka hasilnya kelak Allah Taala akan memperbaiki keadaanmu. Dari itu janganlah kau tinggalkan sahaja anak-anakmu pada aliran takdir.

Ahaks, penat baca?……

Dipetik daripada:


As’ad Lutfi Hasan. 1372H=1953M. Perkahwinan Dalam Islam. (kitab kuning – jawi). Penang : Persama Press. m.s 58 – 68