اللغة العربية/LUGHAH/BAHASA: Pelajaran 3.8 : ال (alif lam qamariah dan syamsiah ) Jawapan latihan


Penerangan:
1. Huruf-huruf mad (ا، و، ي) tidak dibariskan (sebenarnya ia berbaris mati / sukun / ْ ).

2. Huruf-huruf tersebut hanya dikira sebagai huruf mad sekiranya:

2.i Sebelum huruf alif ( ا ) berbaris atas / fathah / فـَــتـْــحـَــة.
Contoh; الـْــبـَـابُ، الطـَّــالـِــبُ

2.ii Sebelum huruf wau ( و ) berbaris depan / dhammah / ضـَــمـَّــة
Contoh; الرَّسـُــولُ، الصـَّــابـُــونُ

2.iii Sebelum huruf ya ( ي ) berbaris bawah / kasrah / كـَــسـْــرَة
Contoh; الدِّيــكُ، الصـَّــدِيــقُ

Sila camkan, huruf-huruf alif, wau dan ya tidak dibariskan. Jika anda bertemu keadaan demikian, ketahuilah bahawa ia sebenarnya berbaris mati / sukun. Sila semak Al-Qur’an rasam Uthmani.

Sebelum ini kadang kala saya bariskan juga untuk mengelakkan kekeliruan. Cara menulis yang sebenar adalah seperti di atas.

3. Semua huruf terakhir berbaris hadapan kerana perkataan-perkataan di dalam jadual di atas belum digunakan di dalam ayat yang menyebabkan berlaku perubahan baris kerana kedudukannya di dalam ayat.

Rujukan:
الدكتور ف. عبد الرحيم. دروس اللغة العربية لغير الناطقين بها (الجزء الأول). المملكة العربية السعودية وز
ارة التعليم العالي الجامعة الإسلامية المدينة المنورة

Advertisements